|
Home
Blog by Parents View by Category Misc Help Find Nurin Jazlin
Azmi
said:
|
||||||||||||||||||||||||||||||
|
Semakin lama semakin tak selamat negeri kita. Undang undang yang lebih ketat diperlukan. Biarkan orang kata kerajaan kuku besi, asalkan anak-anak kita tidak mati dibunuh oleh manusia binatang. http://azmi.buildvertical.com |
Imilatul Aisyah
said:
| takziah buat keluarga adik Nurin Jazlin. semoga pembunuhnya dapat ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan. bagi seluruh rakyat malaysia, marilah bersama-sama kita menjadi manusia yang lebih perihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita jangan buat tak tau saja sehigga perkara sekejam ini boleh berlaku kepada kanak-kanak yang tidak berdosa. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab. seandainya kita melihat sebarang jenayah di depan mata janganlah dibiarkan sahaja. apabila telah berlaku tiada gunanya kekesalan di hati. Simpati juga tidak dapat merubah keadaan. sebaiknya kita peka dan bersikap tidak pentingkan diri sendiri sahaja. Jika ahli keluarga kita yang diperlakukan sebegini apa perasaan kita??? Mungkin kita mampu menyelamatkan satu nyawa jika kita lebih bersikap perihatin dan tidak mementingka diri sahaja. |
M.roslan
said:
| Melihat gambar nurin sepeti mealihat anak saya, apa yang menimpa dirinya mengingatkan saya terhadap dirinya setiap kali bersolat menyembah Allah yg esa. Semuga keluarga nurin bersabar menghadapi dugaan ini dan dapat bersama -sama dgn nurin di akhirat kelak yang sudah pasti mendapat nikmat yang tak terhingga iaitu shurga allah demi kasih sayang keluarga kepada nurin tingkatlah ketakwaan dan iman krn nurin menanti ayah dan ibunya di akhirat dan kini kesakitannya telah tiada dan org yg menyiksanya pula yg merana dan hidup dalam penyesalan, ketakutan dan mimpi yg mengerikan nurin adalah motivasi kepada ibu bapanya untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan di dunia dan di akhirat. Dan sebagai peringatan kpd ibu bapa yg lain berhati-hati dan mengambil berat antara satu sama lain. |
aidadiana
said:
|
- SENYUM NURIN - Senyum mu membungkam jiwa Kau hadir tika ayah belia Kau hilang tika ayah masih bertenaga Tapi nyawa mu melayang sekelip mata. Hati ayah mana tak tersiksa! Ibu mu direntap jiwanya Pergi mu tragis Kami menangis… Mana ada ayah yang sanggup melihat Darah dagingnya disiat-siat Wahai si mungil yang petah berkata Yang diam mu menyimpan rasa sakit yang kau derita Namun kau tetap tersenyum mengubat jiwa Dan kami tidak pernah mendiarikan putus asa! Nurin, Ayah mewakili ayah-ayah seluruh Malaysia Dan ayah-ayah seisi dunia Yang punya jiwa halus mengasihi mu sepenuh hati Nyamuk nan seekor sedayanya kami tepis Dan seadanya dengan keyakinan kasih ini Kami juga yakin bahawa si durjana itu takkan selamanya terlepas bebas! Nurin tersayang, Ini doa ayah dan ibu iringkan Andai itu janji Tuhan Kau mesti pergi sebelum sakit mu kami ubati Dan poster senyum mu terbiar sepi… Tak terdaya seorang hamba menafikan takdirNya Setelah usaha mencari mu kami ikhtiarkan penuh gigih Mengharap kau kembali tersenyum seperti Yin ke pangkuan bonda Tapi kau kambali ke pangkuan Pencipta! Nurin, Ayah doakan selamat kau di sana Insan kecil yang tak pernah berdosa Pergilah engkau laksana kain putih Amanah Tuhan yang kami kasih Hilang bila kami terlepas pandang Dan tewas digengaman petualang Apa daya mu Nurin Jika saat itu kami dengar kau menangis Apatah lagi jiwa kami ini… Pasti merintih pedih! NUKILAN: DI@N < SEM@NGAT K@SIH > 24 SEPTEMBER 2007 12.00PM Email : aidadiana@ yahoo.com TERLALU ISTIMEWA Ku tatap gambar wajahmu Sinar mata itu Lirik senyumanmu Pesona yang membelai Wajahmu bercahaya Memberi bahagia Tiap yang memandang Hati jadi salju Kau terlalu istimewa Kasih dan sayangmu terpancar Seikhlas Tiada batasan terus membara Terkilan rasa jiwa Inginku lihatmu dewasa Apa daya Tuhan lebih menyayangimu Ku pasti kau berbahagia Duduk di sampingNya Mendengar cerita Segala rahsia Tak tertanggung rindu Mendengar suaramu Tawa mengusik jiwa ----- ADIBAH NOR---- |
anuar
said:
|
semuga tuhan memberi kekuatan kpd keluarga adik nurin yg menjadi mangsa manusia hati spt binatang. Allah sentiasa mengasihi hambanya yg dianaya. Semuga keluarga nurin di kurniakan kekutan dan kesabaran |
Hamba Allah
said:
| Takziah wat keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin semoga tabah menghadapi ujian yg Maha besar AL-FATHIHAH... |
afini and her friends
said:
| ya allah apalah dosa nurin tu.orang jenis apa tu?langsung tak berhati perut.kesian kat allahyarham...kita perlu menjaga diri kita sentiasa kerana kes ini semakin berleluasa.diharap binatang yang bertopengkan manusia menerima balasan yang setimpal-timpalnya dari tuhan yang maha mengetahui siapa yang membunuhnya. |
najwa blackcat
said:
| harap kuarga adik nurin jazlin bersabar dan dapat menempuhi segala rintangan dan cabaran yg telah ditakdirkan oleh-NYA. |
afini dan rakannya
said:
| tak dapat bayangkan apa yang sebenarnya yang berlaku kepada allahyarhamah Nurin Jazlin.saya di sini bersama rakan-rakan turut merasa simpati atas kematianya.saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarganya.AL-FATIHAH... |
adnilza
said:
|
Assalamualikum.... Takziah buat keluarga adik Nurin Jazlin semoga tabah menghadapi dugaan yang maha besar ini. Saya amat sedih dengan apa yang terjadi pada adik Nurin Jazlin. Kalau kuasa undang-undang di tangan rakyat mahu saja saya cadangkan si cilaka yang tak ada hati perut di siksa di khayalak ramai. Setiap kali saya terlihat poster atau gambar Nurin hati saya sakit sangat macam di siat siat, wajah lembut dan senyuman manjanya buat saya terfikir apa punya cilaka pembunuh tersebut, tak ada otak, bodoh, gila, binatang lagi baik. sakit hati betul!!!! Buat Nurin Jazlin ....Al-Fatihah. |


